loading...
Skip to main content

SAMBAL GESEK

Bahan – Bahan:  Cili padi Garam kasar Ikan bilis Limau kasturi @ limau nipis Cara Menyediakan: Tumbuk cili padi dengan garam kasar..dah agak hancur cili tu, masukkan pulak ikan bilis yang sudah dibasuh. Tumbuk kasar. Perahkan asam limau. Kredit :  http://www.sajakongsi.com

JUS KEDONDONG ASAM BOI

Bahan-Bahan :
  • 12 biji buah kedondong
  • 10 biji asam boi jenis putih
  • 4 biji limau kasturi, perah jusnya
  • 3 liter air mineral
  • Gula secukup rasa
  • Ais kiub secukupnya
Cara-Cara :
Rebus 5 biji asam boi bersama 1 liter air dan 2 camca besar gula pasir hingga larut, kemudian sejukkan. Sementara itu cuci buah kedondong hingga bersih. Kikis isi asam boi yang telah direbus tadi, buang bijinya. Air rebusan digunakan untuk mengisar buah kedondong dan tapis dalam jug. Tambah baki air mineral tadi, kacau dan rasa, jika kurang manis boleh tambah gula. Masukkan jus limau kasturi dan baki asam boi. Kacau dan biarkan sekejap. Tambah ais kiub secukupnya dan boleh hidangkan. Enak diminum sejuk.

Comments

Popular posts from this blog

DAGING GORENG HALIA & MINYAK BIJAN

Bahan: 300 gm daging batang pinang  ~ dihiris nipis 1 sudu besar tepung jagung 1 sudu kecil minyak bijan 1 biji bawang besar  ~ dipotong baji 3 ulas bawang putih  ~ diketuk dan dicincang 1in halia muda  ~ dihiris 1/3bj capsicum merah  ~ dipotong panjang/dadu 1/3bj capsicum hijau  ~ dipotong panjang/dadu 3 sudu besar sos tiram 1/2 sudu kecil serbuk lada hitam 1 sudu besar minyak bijan sedikit air sedikit garam daun bawang  ~ dipotong 1in minyak secukupny a Cara: Perap daging seketika bersama tepung jagung dan 1 sudu besar minyak bijan. Panaskan minyak dan goreng daging lebih kurang 1 min. Angkat dan ketepikan. Keluarkan minyak dari kuali dan tinggalkan lebih kurang 3 sudu besar. Masukkan bawang putih dan goreng hingga kekuningan. Masukkan bawang besar, halia dan capsicum. Goreng seketika. Masukkan sos tiram, serbuk lada hitam, minyak bijan dan sedikit garam. Goreng sekejap dan masukkan sedikit air (lebih kurang 1/4 cawan) ...

ROSEMARY LIMAU

Bahan-bahan 325g gula putih 325g air 10g rosemary segar (lebih kurang 10 tangkai) 350g jus limau kasturi (kira-kira 100 limau) 350g jus lemon (kira-kira 8 lemon) 3 liter air soda ais Hidangan untuk 20 orang Kaedah Gabung gula putih dan air di dalam periuk dan kacau atas api sederhana tinggi untuk membuat air gula. Gula perlu dicairkan semuanya untuk menghasilkan cecair yang jernih dan sedikit pekat. Tutup api dan alihkan bila cecair mula reneh ditepi-tepi. Biar sejuk. Pukul tangkai rosemary dengan alu. Anda hanya mahu meremuknya. Jangan pukul hingga terlalu hancur. Masukkan rosemary, termasuk cebisan tercabut, ke dalam jag besar. Tambah jus limau kasturi dan lemon. Kacau. Seterusnya, masukkan 1 hingga 1.5 liter air soda dan kacau sehingga sebati. Masukkan air gula yang sudah disejukkan. Tambah baki air soda dan kacau. Tips Jika menuang dari jag, anda boleh masukkan ais ke dalam jag atau biarkannya di dalam bekas ais untuk dimasukkan terus ke dalam gelas ind...

ASAM PEDAS IKAN KELI

(anggaran utk 5/6 orang makan) Bahan-bahan : Ikan keli sederhana 6 ekor 2 batang serai dtumbuk kasar 4 ulas bawang merah dtumbuk halus 6 ulas bawang putih dtumbuk halus 2 potong halia sebesar ibu jari pun dtumbuk kasar sedikit asam jawa untuk dilumur pada ikan dan dimasukkn ke dlm asam pedas) serbuk kunyit garam secukup rasa sayuran, bendi, terong, tomato jika suka air cili giling sedikit minyak untuk menumis Cara memasak : Bersihkan ikan dan lumurkan dengan sedikit asam jawa (dibiar untuk seketika) Tumiskan bawang merah dan bawang putih sehingga kekuningan, masukkan halia dan serai..kemudian masukkan cili giling dan serbuk kunyit,tumiskan sehingga naik bau Kemudian bilas ikan dan masukkan ke dalam bahan yang telah ditumis tadi, gaul ikan sebati dgn bahan yang ditumis..masukkan air dan biarkan seketika Masukkan sayur kegemaran. Ikan tak perlu di gaul sangat takut isinya hancur, apabila sudah mereneh masukkan sedikit garam,penambah perisa dan asam jawa se...