loading...
Skip to main content

SAMBAL GESEK

Bahan – Bahan:  Cili padi Garam kasar Ikan bilis Limau kasturi @ limau nipis Cara Menyediakan: Tumbuk cili padi dengan garam kasar..dah agak hancur cili tu, masukkan pulak ikan bilis yang sudah dibasuh. Tumbuk kasar. Perahkan asam limau. Kredit :  http://www.sajakongsi.com

ONDE-ONDER @BUAH MELAKA

Resepi kuih onde-onde ( buah melaka )

Bahan-Bahan (5-6 orang)
- 500 gram tepung pulut
- Air secukupnya
- 1 sudu kecil pewarna daun pandan
- 1 keping gula Melaka (dipotong kecil-kecil)
- Kelapa parut

Cara-cara
1. Gaul tepung pulut dan dengan air. Masukkan pewarna daun pandan. 

Kalau nak lebih sedap, guna air daun pandan yang telah dikisar.


2. Ambil adunan sebesar ibu jari dan gentel menjadi bulat supaya 
senang nak anggarkan saiznya, kemudian leperkan.

3. Letakkan gula melaka dan gentel menjadi bulat.

4. Jerang air dalam periuk sehingga mendidih.

5. Masukkan kuih ke dalam periuk dan angkat apabila kuih-kuih tersebut timbul. 

Sejat dan biarkan seketika.

6. Gaulkan kuih tadi dengan kelapa parut. Siap untuk dimakan.

Comments

Popular posts from this blog

JUS DURIAN BELANDA

Bahan-bahan : 500g isi durian belanda 2.5 liter air Gula 1/2 biji limau nipis atau 1/8 biji lemon Cara-cara : Masukkan isi durian belanda, gula dan air ke dalam pengisar. Kisar sehingga halus. Tuangkan bahan kisaran ke dalam bekas yang besar dan campurkan bersama baki air tadi. Untuk rasa yang lebih sedap, perahkan 1/2 biji limau nipis atau 1/8 biji lemon. Kacau sehingga sebati. Terbaik jika dihidangkan sejuk. kredit :  http://zilzarlife.com/resepi-aneka-minuman-jus/

DAGING GORENG HALIA & MINYAK BIJAN

Bahan: 300 gm daging batang pinang  ~ dihiris nipis 1 sudu besar tepung jagung 1 sudu kecil minyak bijan 1 biji bawang besar  ~ dipotong baji 3 ulas bawang putih  ~ diketuk dan dicincang 1in halia muda  ~ dihiris 1/3bj capsicum merah  ~ dipotong panjang/dadu 1/3bj capsicum hijau  ~ dipotong panjang/dadu 3 sudu besar sos tiram 1/2 sudu kecil serbuk lada hitam 1 sudu besar minyak bijan sedikit air sedikit garam daun bawang  ~ dipotong 1in minyak secukupny a Cara: Perap daging seketika bersama tepung jagung dan 1 sudu besar minyak bijan. Panaskan minyak dan goreng daging lebih kurang 1 min. Angkat dan ketepikan. Keluarkan minyak dari kuali dan tinggalkan lebih kurang 3 sudu besar. Masukkan bawang putih dan goreng hingga kekuningan. Masukkan bawang besar, halia dan capsicum. Goreng seketika. Masukkan sos tiram, serbuk lada hitam, minyak bijan dan sedikit garam. Goreng sekejap dan masukkan sedikit air (lebih kurang 1/4 cawan) ...

KERABU IKAN BILIS

Bahan-bahan : Cili api/padi Daun limau purut Serai Semua diatas dihiris halus2 Ikan bilis goreng Sedikit gula Air limau kasturi Cara-cara : Gaul semua bahan dan sedia untuk dimakan. Air limau kasturi perah ketika mahu dihidang, jika terlalu awal ianya akan lembik.