loading...
Skip to main content

SAMBAL GESEK

Bahan – Bahan:  Cili padi Garam kasar Ikan bilis Limau kasturi @ limau nipis Cara Menyediakan: Tumbuk cili padi dengan garam kasar..dah agak hancur cili tu, masukkan pulak ikan bilis yang sudah dibasuh. Tumbuk kasar. Perahkan asam limau. Kredit :  http://www.sajakongsi.com

KUIH ABUK-ABUK

Bahan­-bahan :
  • 300 gram sagu biji
  • 1 cawan gula melaka (dipotong kecil) atau gula merah 
  • ½ biji kelapa parut (bahgian lembut sahaja)
  • Daun pisang (dipotong segi empat sama)
  • Garam secukup rasa
  • Lidi (kerat kecil) untuk sematan
  • 2 helai daun pandan (masuk dalam air kukusan) 

Cara-cara : 
  1. Bilas sagu dengan air bersih dan toskan.
  2. Campurkan sagu biji dengan kelapa dan garam. Gaul rata.
  3. Bentukkan daun pisang seperti kon untuk dibuat kelongsong. Masukkan  campuran bahan tadi ke dalam kelongsong sehingga separuh penuh.
  4. Masukkan sesudu ketulan gula melaka atau gula merah.
  5. Masukkan campuran sagu biji tadi untuk penuhi kelonsong (jangan terlalu penuh,  tinggal hujung daun untuk lipatan kelongsong)
  6. Lipatkan kelonsong daun pisang. Cucuk batang lidi untuk sematan
  7. Kukus selama 30~40 minit. 

Sedia untuk dihidangkan

Sumber : 100 Resepi Masakan Kuih-Muih Malaysia

Comments

Popular posts from this blog

JUS DURIAN BELANDA

Bahan-bahan : 500g isi durian belanda 2.5 liter air Gula 1/2 biji limau nipis atau 1/8 biji lemon Cara-cara : Masukkan isi durian belanda, gula dan air ke dalam pengisar. Kisar sehingga halus. Tuangkan bahan kisaran ke dalam bekas yang besar dan campurkan bersama baki air tadi. Untuk rasa yang lebih sedap, perahkan 1/2 biji limau nipis atau 1/8 biji lemon. Kacau sehingga sebati. Terbaik jika dihidangkan sejuk. kredit :  http://zilzarlife.com/resepi-aneka-minuman-jus/

DAGING GORENG HALIA & MINYAK BIJAN

Bahan: 300 gm daging batang pinang  ~ dihiris nipis 1 sudu besar tepung jagung 1 sudu kecil minyak bijan 1 biji bawang besar  ~ dipotong baji 3 ulas bawang putih  ~ diketuk dan dicincang 1in halia muda  ~ dihiris 1/3bj capsicum merah  ~ dipotong panjang/dadu 1/3bj capsicum hijau  ~ dipotong panjang/dadu 3 sudu besar sos tiram 1/2 sudu kecil serbuk lada hitam 1 sudu besar minyak bijan sedikit air sedikit garam daun bawang  ~ dipotong 1in minyak secukupny a Cara: Perap daging seketika bersama tepung jagung dan 1 sudu besar minyak bijan. Panaskan minyak dan goreng daging lebih kurang 1 min. Angkat dan ketepikan. Keluarkan minyak dari kuali dan tinggalkan lebih kurang 3 sudu besar. Masukkan bawang putih dan goreng hingga kekuningan. Masukkan bawang besar, halia dan capsicum. Goreng seketika. Masukkan sos tiram, serbuk lada hitam, minyak bijan dan sedikit garam. Goreng sekejap dan masukkan sedikit air (lebih kurang 1/4 cawan) ...

KERABU IKAN BILIS

Bahan-bahan : Cili api/padi Daun limau purut Serai Semua diatas dihiris halus2 Ikan bilis goreng Sedikit gula Air limau kasturi Cara-cara : Gaul semua bahan dan sedia untuk dimakan. Air limau kasturi perah ketika mahu dihidang, jika terlalu awal ianya akan lembik.