loading...
Skip to main content

SAMBAL GESEK

Bahan – Bahan:  Cili padi Garam kasar Ikan bilis Limau kasturi @ limau nipis Cara Menyediakan: Tumbuk cili padi dengan garam kasar..dah agak hancur cili tu, masukkan pulak ikan bilis yang sudah dibasuh. Tumbuk kasar. Perahkan asam limau. Kredit :  http://www.sajakongsi.com

KEREPEK KADOK RANGUP

Bahan-bahan

  •  2  Sudu tepung jagung
  •  6 Sudu tepung gandum
  • 1 sudu kecil jintan putih,
  • 1 sudu kecil  lada hitam
  • sudu kecil kunyit,
  • 1 sudu kecil  cili flakes,
  • Garam secukup rasa
  

Cara Penyediaan

1.   Semua bahan di bancuh dengan air sejuk dari peti ais yang betul-betul sejuk, di kacau rata, agak-agak lah jangan terlalu pekat nanti banyak tepung yang tersalut jadi kurang rangup, dan jangan terlalu cair nanti takda pulak tepung yang tersalut, bila kita goreng jadi cepat hangus.

     Bila dah di gaul rata, panaskan kuali dengan minyak yang agak banyak, kemudian masukkan sesudu besar minyak panas dalam campuran tepung tadi, kacau rata, kemudian baru celupkan daun kadok tadi dan gorenglah sehingga kekuningan dan rangup, dan buatlah sehingga habis daun dan bancuhan tepung.




** Selain daun kaduk daun bayam juga boleh kita gunakan ya… selamat mencuba :-) 

Comments

Popular posts from this blog

JUS DURIAN BELANDA

Bahan-bahan : 500g isi durian belanda 2.5 liter air Gula 1/2 biji limau nipis atau 1/8 biji lemon Cara-cara : Masukkan isi durian belanda, gula dan air ke dalam pengisar. Kisar sehingga halus. Tuangkan bahan kisaran ke dalam bekas yang besar dan campurkan bersama baki air tadi. Untuk rasa yang lebih sedap, perahkan 1/2 biji limau nipis atau 1/8 biji lemon. Kacau sehingga sebati. Terbaik jika dihidangkan sejuk. kredit :  http://zilzarlife.com/resepi-aneka-minuman-jus/

DAGING GORENG HALIA & MINYAK BIJAN

Bahan: 300 gm daging batang pinang  ~ dihiris nipis 1 sudu besar tepung jagung 1 sudu kecil minyak bijan 1 biji bawang besar  ~ dipotong baji 3 ulas bawang putih  ~ diketuk dan dicincang 1in halia muda  ~ dihiris 1/3bj capsicum merah  ~ dipotong panjang/dadu 1/3bj capsicum hijau  ~ dipotong panjang/dadu 3 sudu besar sos tiram 1/2 sudu kecil serbuk lada hitam 1 sudu besar minyak bijan sedikit air sedikit garam daun bawang  ~ dipotong 1in minyak secukupny a Cara: Perap daging seketika bersama tepung jagung dan 1 sudu besar minyak bijan. Panaskan minyak dan goreng daging lebih kurang 1 min. Angkat dan ketepikan. Keluarkan minyak dari kuali dan tinggalkan lebih kurang 3 sudu besar. Masukkan bawang putih dan goreng hingga kekuningan. Masukkan bawang besar, halia dan capsicum. Goreng seketika. Masukkan sos tiram, serbuk lada hitam, minyak bijan dan sedikit garam. Goreng sekejap dan masukkan sedikit air (lebih kurang 1/4 cawan) ...

KERABU IKAN BILIS

Bahan-bahan : Cili api/padi Daun limau purut Serai Semua diatas dihiris halus2 Ikan bilis goreng Sedikit gula Air limau kasturi Cara-cara : Gaul semua bahan dan sedia untuk dimakan. Air limau kasturi perah ketika mahu dihidang, jika terlalu awal ianya akan lembik.