loading...
Skip to main content

SAMBAL GESEK

Bahan – Bahan:  Cili padi Garam kasar Ikan bilis Limau kasturi @ limau nipis Cara Menyediakan: Tumbuk cili padi dengan garam kasar..dah agak hancur cili tu, masukkan pulak ikan bilis yang sudah dibasuh. Tumbuk kasar. Perahkan asam limau. Kredit :  http://www.sajakongsi.com

BUBUR SAGU MERAH

BAHAN-BAHAN:
• 150gm biji sagu
• 480ml air | untuk rendaman sagu
• 250ml santan pekat
• 200ml santan cair
• 100gm gula pasir
• 1sm halia | dihiris halus
• 2 helai daun pandan
• ¼ sudu teh garam
• Sedikit pewarna merah


CARA MEMASAK:
1. Rendam biji sagu di dalam mangkuk selama sejam.


2. Di dalam sebuah periuk, masukkan rendaman biji sagu dan sedikit pewarna merah. 

Kacau sehingga berubah menjadi jernih.

3. Kemudian, campurkan garam dan gula secukup rasa. 

Kacau lagi dan sejukkan di dalam sebuah bekas, ketepikan.

4. Di dalam periuk berlainan, masukkan santan cair diikuti dengan santan pekat.


5. Kemudian, letakkan garam dan gula. Kacau hingga pekat dan mendidih.


6. Potong sagu dan hidangkan bersama kuah santan. Sedia dinikmati.


kredit : http://www.tengkubutang.com/2015/11/koleksi-resepi-kuih-tradisi-orang-dulu.html

Comments

  1. Casino Games Finder (for Android) - Mapyro
    › app › casino-games › app › casino-games Casino 오산 출장안마 Games Finder (for Android). Casino Games 충주 출장마사지 Finder · Category: Casino Games Finder. Casino Games Finder, 세종특별자치 출장마사지 Created By: Laundry · About: Casino Games Finder · Related 대구광역 출장샵 Searches: Laundry Rating: 4.7 세종특별자치 출장샵 1,850 reviews

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

JUS DURIAN BELANDA

Bahan-bahan : 500g isi durian belanda 2.5 liter air Gula 1/2 biji limau nipis atau 1/8 biji lemon Cara-cara : Masukkan isi durian belanda, gula dan air ke dalam pengisar. Kisar sehingga halus. Tuangkan bahan kisaran ke dalam bekas yang besar dan campurkan bersama baki air tadi. Untuk rasa yang lebih sedap, perahkan 1/2 biji limau nipis atau 1/8 biji lemon. Kacau sehingga sebati. Terbaik jika dihidangkan sejuk. kredit :  http://zilzarlife.com/resepi-aneka-minuman-jus/

DAGING GORENG HALIA & MINYAK BIJAN

Bahan: 300 gm daging batang pinang  ~ dihiris nipis 1 sudu besar tepung jagung 1 sudu kecil minyak bijan 1 biji bawang besar  ~ dipotong baji 3 ulas bawang putih  ~ diketuk dan dicincang 1in halia muda  ~ dihiris 1/3bj capsicum merah  ~ dipotong panjang/dadu 1/3bj capsicum hijau  ~ dipotong panjang/dadu 3 sudu besar sos tiram 1/2 sudu kecil serbuk lada hitam 1 sudu besar minyak bijan sedikit air sedikit garam daun bawang  ~ dipotong 1in minyak secukupny a Cara: Perap daging seketika bersama tepung jagung dan 1 sudu besar minyak bijan. Panaskan minyak dan goreng daging lebih kurang 1 min. Angkat dan ketepikan. Keluarkan minyak dari kuali dan tinggalkan lebih kurang 3 sudu besar. Masukkan bawang putih dan goreng hingga kekuningan. Masukkan bawang besar, halia dan capsicum. Goreng seketika. Masukkan sos tiram, serbuk lada hitam, minyak bijan dan sedikit garam. Goreng sekejap dan masukkan sedikit air (lebih kurang 1/4 cawan) ...

KERABU IKAN BILIS

Bahan-bahan : Cili api/padi Daun limau purut Serai Semua diatas dihiris halus2 Ikan bilis goreng Sedikit gula Air limau kasturi Cara-cara : Gaul semua bahan dan sedia untuk dimakan. Air limau kasturi perah ketika mahu dihidang, jika terlalu awal ianya akan lembik.