loading...
Skip to main content

Posts

SAMBAL GESEK

Bahan – Bahan:  Cili padi Garam kasar Ikan bilis Limau kasturi @ limau nipis Cara Menyediakan: Tumbuk cili padi dengan garam kasar..dah agak hancur cili tu, masukkan pulak ikan bilis yang sudah dibasuh. Tumbuk kasar. Perahkan asam limau. Kredit :  http://www.sajakongsi.com
Recent posts

SAMBAL BELACAN KULIT LIMAU

Bahan – Bahan:  Cili padi Lada merah besar Sedikit gula dan garam Belacan yang telah dibakar Limau nipis atau kasturi Cara Menyediakan: Tumbuk atau kisar semua bahan diatas kecuali limau Perahkn asam limau nipis @ kasturi Potongkn kulit limau kasturi Campurkan dlm sambal belacan. Kredit :  http://www.sajakongsi.com/12-resepi-sambal-yang-jadi-penambah-selera-orang-malaysia/

BUDU

Bahan – Bahan:  Budu Cili padi Bawang merah Asam limau Cara Menyediakan: Campurkan budu dgn cili, bwang merah. Pecahkan cili dengan jari. Perahkan asam limau. Kredit :  http://www.sajakongsi.com/12-resepi-sambal-yang-jadi-penambah-selera-orang-malaysia/

TEMPOYAK MASAK

Bahan-bahan 3-4 genggam Ikan Bilis 5 sudu besar Minyak (Untuk menggoreng dan menumis) Sebatang Serai 6 sudu besar Tempoyak 2 sudu kecil Garam atau ikut rasa 2 susu kecil Gula atau ikut rasa Sehelai Daun Kunyit dihiris 1/2 cawan air Bahan Kisar 4 ulas Bawang Merah 2 biji Cili Merah 1 biji Cili Padi (optional) 1 inci Kunyit Hidup (kalau tak ada gantikan sesudu serbuk Kunyit) Cara-cara 1. Panaskan periuk dan minyak. 2. Goreng Ikan Bilis separuh garing 3. Masukkan bahan kisar dan tumis sehingga naik bau 4. Masukkan Tempoyak, Air dan Serai. Kacau sebati sehingga sedikit pekat. 5. Sebelum diangkat, masukkan daun kunyit, gaul seminit dan angkat. Kredit :  https://seleraku.wordpress.com/2015/07/21/tempoyak-kacau-atau-sambal-tempoyak-ikan-bilis-perak/

SAMBAL KUININ

Bahan-bahan : 2-3 biji buah kuinin masak ranum. Dikupas dan dipotong nipis memanjang 10 biji cilipadi hijau dan merah 1-2 inci belacan bakar 2-3 ulas bawang merah Garam dan gula secukup rasa Cara : Kisar belacan cili padi dan bawang sehingga halus.  Gaul dengan buah kuinin. Masukkan sedikit garam dan gula secukup rasa Biarkan seketika supaya mesra sebelum dihidang . Kredit :  http://www.enyabdullah.com/2015/05/sambal-kuinin-pedas-masam-manis.html

DAGING GORENG HALIA & MINYAK BIJAN

Bahan: 300 gm daging batang pinang  ~ dihiris nipis 1 sudu besar tepung jagung 1 sudu kecil minyak bijan 1 biji bawang besar  ~ dipotong baji 3 ulas bawang putih  ~ diketuk dan dicincang 1in halia muda  ~ dihiris 1/3bj capsicum merah  ~ dipotong panjang/dadu 1/3bj capsicum hijau  ~ dipotong panjang/dadu 3 sudu besar sos tiram 1/2 sudu kecil serbuk lada hitam 1 sudu besar minyak bijan sedikit air sedikit garam daun bawang  ~ dipotong 1in minyak secukupny a Cara: Perap daging seketika bersama tepung jagung dan 1 sudu besar minyak bijan. Panaskan minyak dan goreng daging lebih kurang 1 min. Angkat dan ketepikan. Keluarkan minyak dari kuali dan tinggalkan lebih kurang 3 sudu besar. Masukkan bawang putih dan goreng hingga kekuningan. Masukkan bawang besar, halia dan capsicum. Goreng seketika. Masukkan sos tiram, serbuk lada hitam, minyak bijan dan sedikit garam. Goreng sekejap dan masukkan sedikit air (lebih kurang 1/4 cawan) Masukkan daging yg dah digoreng t

SOS IKAN

BAHAN-BAHAN: 600gm ikan tenggiri 5 ulas bawang putih |  dicincang kasar 1 biji limau nipis |  diambil jusnya 5 helai daun salam 2 sudu kecil lada hitam 2 cawan air masak 1 sudu besar garam kasar CARA MEMBUAT: Potong kecil ikan tenggiri. Ketepikan. K emudian dalam satu bekas kedap udara, campurkan air masak bersama garam. Larutkan. Masukkan semua bahan ke dalam bekas dan tutup rapat. Biarkan selama 2-3 minggu. Selepas tempoh mengawet, tapis air dan simpan di dalam botol. Simpan di dalam peti ais untuk tahan lama. *Sos ikan ini boleh bertahan selama 4-6 bulan. Kredit :  http://www.rasa.my