Bahan – Bahan: Cili padi Garam kasar Ikan bilis Limau kasturi @ limau nipis Cara Menyediakan: Tumbuk cili padi dengan garam kasar..dah agak hancur cili tu, masukkan pulak ikan bilis yang sudah dibasuh. Tumbuk kasar. Perahkan asam limau. Kredit : http://www.sajakongsi.com
Bahan-bahan
- 325g gula putih
- 325g air
- 10g rosemary segar (lebih kurang 10 tangkai)
- 350g jus limau kasturi (kira-kira 100 limau)
- 350g jus lemon (kira-kira 8 lemon)
- 3 liter air soda
- ais
Hidangan untuk 20 orang
Kaedah
- Gabung gula putih dan air di dalam periuk dan kacau atas api sederhana tinggi untuk membuat air gula. Gula perlu dicairkan semuanya untuk menghasilkan cecair yang jernih dan sedikit pekat. Tutup api dan alihkan bila cecair mula reneh ditepi-tepi. Biar sejuk.
- Pukul tangkai rosemary dengan alu. Anda hanya mahu meremuknya. Jangan pukul hingga terlalu hancur.
- Masukkan rosemary, termasuk cebisan tercabut, ke dalam jag besar.
- Tambah jus limau kasturi dan lemon. Kacau.
- Seterusnya, masukkan 1 hingga 1.5 liter air soda dan kacau sehingga sebati.
- Masukkan air gula yang sudah disejukkan.
- Tambah baki air soda dan kacau.
Tips
- Jika menuang dari jag, anda boleh masukkan ais ke dalam jag atau biarkannya di dalam bekas ais untuk dimasukkan terus ke dalam gelas individu bila dihidang supaya ais tidak akan cairkan soda dengan terlalu cepat.
- Minuman ini cukup cantik untuk dihidangi dalam gelas individu dan bukan dalam satu jag besar.
- Jangan lupa masukkan setangkai rosemary ke dalam setiap gelas supaya ia kelihatan cantik!
- Bagi rasa gas yang lebih, guna air soda dalam tin dan bukan air gas dalam botol.
Tips tambahan
- Anda boleh menggunakan air sejuk atau air suhu bilik bila diperlukan untuk resepi minuman mudah di atas. Ais akan membuat minuman-minuman anda sejuk.
- Jangan lupa simpan air kosong berlebihan kerana mungkin ada beberapa tetamu yang tidak mahu minuman manis.
- Ais ...Beli lebih ais dan jangan lupa simpankan di dalam peti ais.
Selamat melepaskan dahaga...
Kredit : http://www.butterkicap.com
Comments
Post a Comment