Bahan – Bahan: Cili padi Garam kasar Ikan bilis Limau kasturi @ limau nipis Cara Menyediakan: Tumbuk cili padi dengan garam kasar..dah agak hancur cili tu, masukkan pulak ikan bilis yang sudah dibasuh. Tumbuk kasar. Perahkan asam limau. Kredit : http://www.sajakongsi.com
Bahan-bahan yang diperlukan:
- 10-15 biji kurma dibuang biji
- ½ kotak susu segar
- 1 cawan air panas
- 2 sudu gula /gula perang (kalau mahu kurang manis)
- Beberapa ketulan ais
Cara membuatnya:
- Rendam buah kurma dalam air panas dalam 15 minit atau sehingga lembut.
- Kisar kurma bersama air tadi dan sejukkan dahulu.
- Masukkan susu dan ais dalam blender dan kisar
- Akhir sekali masukkan jus kurma dan kisar sekali lagi sehingga menjadi seperti milkshake.
Nota: Jus kurma susu bukan sahaja menyegarkan, malah dapat mengembalikan tenaga anda. Jika mahukan perasa tambahan, boleh tambah serbuk kayu manis atau serbuk coklat. Boleh juga gantikan gula dengan madu dan ais krim vanilla sebagai perasa tambahan.
Selamat melepaskan dahaga :-)
Kredit : http://www.abangbrian.com
Comments
Post a Comment