loading...
Skip to main content

SAMBAL GESEK

Bahan – Bahan:  Cili padi Garam kasar Ikan bilis Limau kasturi @ limau nipis Cara Menyediakan: Tumbuk cili padi dengan garam kasar..dah agak hancur cili tu, masukkan pulak ikan bilis yang sudah dibasuh. Tumbuk kasar. Perahkan asam limau. Kredit :  http://www.sajakongsi.com

KUEH BAKAR KEMBOJA

Bahan bahan:
2 cawan tepung gandum
2 1/2 cawan santan
1 cawan jus pandan
1 cawan gula - saya guna 3/4 cawan
2 sudu besar butter - cairkan
3 biji telur
1/2 sudu kecil garam
Pewarna hijau
Sedikit bijan - untuk ditabur

Cara-cara:
Campurkan semua bahan dan blend sampai sebati dan tepung tidak berbintil.

Panaskan acuan kuih terlebih dahulu di atas api dapur. 

Kalau mahu elakkan dari adunan melekat pada loyang, penuhkan loyang dengan minyak masak.

Lepas tu panaskan sehingga keluar asap (betul betul panas). 

Kemudian tuang (keluarkan) minyak tu dari acuan. Kecilkan api sekecil kecilnya.

Kredit : http://www.tengkubutang.com/2015/11/koleksi-resepi-kuih-tradisi-orang-dulu.html

Comments

Popular posts from this blog

DAGING GORENG HALIA & MINYAK BIJAN

Bahan: 300 gm daging batang pinang  ~ dihiris nipis 1 sudu besar tepung jagung 1 sudu kecil minyak bijan 1 biji bawang besar  ~ dipotong baji 3 ulas bawang putih  ~ diketuk dan dicincang 1in halia muda  ~ dihiris 1/3bj capsicum merah  ~ dipotong panjang/dadu 1/3bj capsicum hijau  ~ dipotong panjang/dadu 3 sudu besar sos tiram 1/2 sudu kecil serbuk lada hitam 1 sudu besar minyak bijan sedikit air sedikit garam daun bawang  ~ dipotong 1in minyak secukupny a Cara: Perap daging seketika bersama tepung jagung dan 1 sudu besar minyak bijan. Panaskan minyak dan goreng daging lebih kurang 1 min. Angkat dan ketepikan. Keluarkan minyak dari kuali dan tinggalkan lebih kurang 3 sudu besar. Masukkan bawang putih dan goreng hingga kekuningan. Masukkan bawang besar, halia dan capsicum. Goreng seketika. Masukkan sos tiram, serbuk lada hitam, minyak bijan dan sedikit garam. Goreng sekejap dan masukkan sedikit air (lebih kurang 1/4 cawan) Masukkan daging yg dah digoreng t

JUS DURIAN BELANDA

Bahan-bahan : 500g isi durian belanda 2.5 liter air Gula 1/2 biji limau nipis atau 1/8 biji lemon Cara-cara : Masukkan isi durian belanda, gula dan air ke dalam pengisar. Kisar sehingga halus. Tuangkan bahan kisaran ke dalam bekas yang besar dan campurkan bersama baki air tadi. Untuk rasa yang lebih sedap, perahkan 1/2 biji limau nipis atau 1/8 biji lemon. Kacau sehingga sebati. Terbaik jika dihidangkan sejuk. kredit :  http://zilzarlife.com/resepi-aneka-minuman-jus/

ASAM PEDAS IKAN KELI

(anggaran utk 5/6 orang makan) Bahan-bahan : Ikan keli sederhana 6 ekor 2 batang serai dtumbuk kasar 4 ulas bawang merah dtumbuk halus 6 ulas bawang putih dtumbuk halus 2 potong halia sebesar ibu jari pun dtumbuk kasar sedikit asam jawa untuk dilumur pada ikan dan dimasukkn ke dlm asam pedas) serbuk kunyit garam secukup rasa sayuran, bendi, terong, tomato jika suka air cili giling sedikit minyak untuk menumis Cara memasak : Bersihkan ikan dan lumurkan dengan sedikit asam jawa (dibiar untuk seketika) Tumiskan bawang merah dan bawang putih sehingga kekuningan, masukkan halia dan serai..kemudian masukkan cili giling dan serbuk kunyit,tumiskan sehingga naik bau Kemudian bilas ikan dan masukkan ke dalam bahan yang telah ditumis tadi, gaul ikan sebati dgn bahan yang ditumis..masukkan air dan biarkan seketika Masukkan sayur kegemaran. Ikan tak perlu di gaul sangat takut isinya hancur, apabila sudah mereneh masukkan sedikit garam,penambah perisa dan asam jawa se