Bahan – Bahan: Cili padi Garam kasar Ikan bilis Limau kasturi @ limau nipis Cara Menyediakan: Tumbuk cili padi dengan garam kasar..dah agak hancur cili tu, masukkan pulak ikan bilis yang sudah dibasuh. Tumbuk kasar. Perahkan asam limau. Kredit : http://www.sajakongsi.com
Bahan-bahan untuk doh keria :
- 800 gram ubi keledek putih (dalam 2 ketul besar)
- 1 1/4 cawan tepung gandum
- 2 sudu kecil baking powder
- 1 sudu kecil
Bahan-bahan untuk salutan gula/sira :
- 1 ketul gula melaka
- 1 sudu besar gula batu
- 1 sudu besar gula putih
- 1/2 cawan air
Cara-cara untuk kuih keria :
- Rebus ubi hingga empuk dan toskan airnya. Apabila ubi sudah sejuk, tumbuk halus dengan menggunakan lesung batu dan tarik keluar urat-urat kasar dari ubi keledek. Boleh juga gunakan 'potato masher' untuk hancurkan keledek.
- Tambah tepung sedikit demi sedikit hingga doh kurang melekat.
- Leperkan bebola doh dan buat lubang di tengah.
- Ulang proses sehingga habis dan goreng di dalam minyak panas sehingga keperangan.
- Kacau atau gaul kuih keria yang digoreng tadi dalam gula pekat yang sedang mendidih sehingga sekata.
Cara-cara untuk salutan gula/sira :
- Tumbuk halus gula dan masak di dalam kuali sehingga mendidih dan pekat.
- Sedia untuk digaul kuih keria.
Tips
- Tidak mengapa jika doh melekat sedikit. Sapukan sedikit tepung di tangan sebelum menggentel doh dan bentukkan menjadi bulat.
- Kalau goreng keria, jangan kerap sangat terbalikkan kuih semasa menggoreng kerana nanti kuih jadi serap minyak.
Kreadit : Resepi Kuih Keria Gula Melaka
Comments
Post a Comment